Wednesday 9 November 2011

kind people

Sekarang dah masuk 4 bulan aku di tempat baru, tapi aku memang sangat-sangat tidak dapat membiasakan diri. Aku tak tahu macam mana nak mulakan perbualan dengan orang baru. Bila buat group discussion, aku takut nak kemukakan idea aku. Aku sebenarnya sangat suka jadik leader dalam apa-apa aktiviti. Kat tempat aku sebelum ni, kalau ada buat grouping, mesti aku yang jadik leader, n handle sumenye. Tapi kat sini, aku lebih prefer jadik silence. Huhuhuhuhuhu.....Tapi selama 4 bulan aku kat tempat baru ni, aku dah boleh kenal perangai kawan-kawan yang rapat dengan aku...Em, nak kata rapat, tak lar rapat sangat...Sekadar kawan yang boleh lepak sama-sama...Em, aku ada kawan sorang tu...dia rumet aku dan juga classmate aku...Aku boleh label dia tu sebagai seorang yang sangat suka tolong orang dalam kesusahan...Berdasarkan pemerhatian aku lar...Tapi takdela dia tolong selesaikan masalah aku...Kalau ada masalah pon, aku takkan cerita lar kat orang-orang sini....huhuuhuhuhu...Ari tu, kawan aku , komputer dia tak leh connect internet, dia terus bagi pinjam broadband dia even dia pon nak guna sebenarnya...Bagi aku just tolong macam ni pon, dah dikira sangat2 baik...Pas2, arini plak, rumet aku yang sorang lagi, laptop dia rosak...Dia cepat2 search tenet, then, cari kat maner tempat sekitar aku duduk ni, boleh baiki komputer...memang kawan yang suka bantu kawan....^_^

Wednesday 2 November 2011

aurat

semalam lepas kelas aku plan nak pergi makan kat luar dengan kawan-kawan aku...kiteorang plan nak pergi lepas asar....so, aku solat asar dulu kat kolej...time aku ciap smayang, aku pakai lar cantik2...disebabkan aku bertudung, aku gunakan 3 pin untuk menggayakan tudung aku yang tak seberapa tu...tapi 1 pin aku dah ilang...aku cari lar kat tempat aku duduk, tapi takde jugak...so, aku decide, guna satu pin je, then aku 'selempang' je selendang 2...selempang means aku ambik ujung2 selendang and bawak naik atas bahu...kalau ikutkan, sebagai seorang perempuan muslim, kita hendaklah memakai tudung melepasi dada...tapi bila aku buat tudung macam 2, dh tak tutup aurat lar...then, aku teruskan pakai tudung macam 2...nampak 'advance' cket...tapi takdela advance sangat...cuma tak lar nampak skema sangat...tetiba salah sorang dari kawan aku tanye, pin kau ilang kan...memang kau ada 1 je ke pin ? aku bagitaw lar yang aku ada 3 pin at first...ilang 1, means ada 2 je...pastu, dia tanya aku, asal tak guna je pin yang 1 lagi tu...bawak tudung ke bawah, then pin, senang citer...my friend said...aku jadik serba salah...i don't know my feeling at that time...serba salah or malu...so, aku memang nak ikut lar cadangan dia 2...tapi tetiba aku jumpa balik pin aku yang satu lagi kat dalam kain smayang aku kat dalam beg...hmmm...so, aku pakai lar cam bese...keluar je dari tandas, kawan aku cakap, "ni baru ada gaya macam sorang cikgu"...kalau nak bergaya sekalipun tak perlu lar sampai bukak aurat...apatah lagi kalau kita dah serba maklum tentang aurat...sebenarnya, jika kita pandai menjaga aurat dengan baik, itulah kecantikan yang sebenar....

cerita baru

Alhamdulillah....akhirnya aku dapat buat blog aku sendiri....bukan untuk aku beritahu satu dunia siapa aku...tapi sekadar mengisi masa terluang...tempat untuk aku menulis diari harian....pahit manis kehidupan yang aku lalui sebagai seorang hamba Allah yang serba kekurangan....sesempurna mana pun manusia itu, dia tidak akan lepas dari masalah....bila ada masalah siapa yang akan kita cari untuk berkongsi dan bercerita masalah? Yang paling penting adalah kepada yang maha esa....tetapi sebagai seorang manusia kita memerlukan seseorang untuk dijadikan tempat meluahkan perasaan...sekarang ni, susah nak cari sahabat sejati...nanti bila bergaduh, rahsia kita dibocorkan....so, blog, sudikah kau jadi teman aku???